Sunday, February 6, 2011

saya kembali..

salam teman-teman.. hai semua!!! excited sebab lama ya ampun aku tak update blog.. dah bersawang dan berhabuk kan.. alhamdulillah mood aku dah kembali rasanya selepas bercuti.. otak yang sakit-sakit aku cuba ubati.. hmm apa masalah aku sebenarnya? aku pun tak pasti.. yang aku pasti 80% disebabkan PSM.. bangau oh bangau betol.. ok lupakan dulu!

nak cerita tentang apa ya? tentang semalam lah.. saja nak berkongsi dengan teman-teman di mana aku sepatutnya bertolak balik ke utm pada jam 9.30 malam.. tetapi bas datang pukul 11.30 malam.. lamanya penantian mujurlah mak dan ayah setia menunggu.. kalau tak aku dah melalak dekat situ.. tak apa aku faham bukan aku seorang di situ.. ramai lagi.. dengan destinasi yang berbeza tetapi masalah yang sama.. yakni bas yang dinanti-nanti tak muncul-muncul.. masalah yang sering terjadi di musim perayaan tahun baru cina.. ada seorang mak cik mengadu dekat aku semalam yang anaknya beli tiket bukan main mahal.. tup tup naik bas tambahan saja.. bas persiaran.. rupa-rupanya anaknya juga ke destinasi yang sama dengan aku.. alamak! mesti aku naik bas tu jugak.. tak apa janji ada bas.. untuk menyedapkan hati, entah kali ke berapa aku bertanya dekat kakak yang jaga kaunter tiket bas.. 'adik naik bas persada.. bersyukur ye dik.. tengok yang ramai-ramai ni ke naik bas tambahan je'.. ok, lega!

ok, bas sampai.. walaupun lewat ya masyaAllah.. syukur! tapi on no!!!! seat aku ada orang duduk.. ok kakak tu lagi setelkan.. rupa-rupanya hamba Allah itu menumpang saja untuk ke sungai petani.. bas perlu bertolak ke sungai petani untuk ambil penumpang di sana pula..ok lega dah dapat tempat duduk.. tapi ada hal lain yang tak melibatkan aku.. saja nak cerita.. ada penumpang terlebih pulak kat dalam bas ni.. aku tidak tahu bagaiamana mereka menguruskan.. kasihan penumpang.. jadi mereka perlu dipindahkan ke bas yang lain.. bas depan saja.. tapi bas tu dah jalan.. aksi bas kejar mengejar pulak le.. mood aku semakin terganggu.. 

tiba-tiba, eh lagu ost titanic.. tenang seketika fikiran.. sedang aku melayan lagu tu, dah sampai di sungai petani.. mak cik yang urus tiket bas di sana datang terjah bas.. dia jerit-jerit suruh penumpang bas tambahan turun.. sebab penumpang yang naik di situ tak ada seat.. terbang melayang lagi mood aku.. dengan suasana yang hiruk pikuk di sana.. walaupun aku hanya memerhati dari dalam.. tapi aku dapat rasakan.. ada yang menanti, ada yang berlari, ada yang menjerit.. beristifar sajalah.. aku pujuk hati agar bersabar.. alhamdulillah semua sudah selesai.. bas bersedia untuk bertolak.. tiba-tiba, teng teng teng.. amaran keretapi akan lalu.. ah! sejak bila pulak ada landasan keretapi dekat situ..
lama tunggu tak muncul-muncul jugak keretapinya.. terfikir jugak dalam hati 'biar betol, kok lama amat'..
puas menunggu akhirnya lalu jugak sang KTM.. entah apa lagi lepas ni.. alhmdulillah hampir pukul 1 malam baru bas bergerak dengan lancar.. 
kini aku di utm.. sampai dekat pukul 10 pagi tadi.. ingin aku catatkan di sini.. tak pernah aku sampai selewat begitu.. biasanya pukul 7 lebih aku sudah sampai.. namun, aku bersyukur selamat sampai.. 
alhamdulillah..

p/s: maafkan aku panjang pulak kali ni.. mengalahkan budak spm buat karangan!

3 weirdo:

  1. wel..*cough*...come back *cough*
    habuk

    ReplyDelete
  2. jgn nek bas da.huhu. same je pngalaman kite. huhu nek flight t eh..=)

    ReplyDelete
  3. naja:????????
    nisa:huhu..insyaAllah..

    ReplyDelete

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template