Tuesday, February 22, 2011

h o m e s i c k

semalam aku mengadu kepada teman yang aku homesick.. dia ketawa.. "hehe.. muka ko homesick?"..
nak ketawa juga aku.. tapi memang aku betul-betul dilanda homesick.. memang jarang aku meluahkan 'kehomesickkan' aku pada teman-teman.. ni lah punca-punca aku homesick kebelakangan ni..

adik-adik i..
aku rindu saat-saat mereka mahu aku masak itu dan ini.. walaupun tak pandai masak, aku akan penuhi permintaan mereka.. 'pakai buku resepi je der'.. owh, adik aku yang lelaki itu amat sukakan nasi ayam yang aku masak.. hehehehe.. rindunya!! seperti mahu terbang pulang ke rumah sekarang juga..
ada lagi...
semestinya tiga makhluk ini..
aku rindu nak bermain dengan tomey, merah dan si putih.. tomey yang control macho.. merah yang gebu.. putih yang nakal dan sangat manja membuatkan aku benar-benar rindu.. walaupun kucing angkat, putih sangat pandai membawa diri.. hehehe..
sudah semestinya aku rindu kepada mak dan ayah.. paling rindu! rindu yang tidak dapat aku gambarkan dengan penulisan.. 

p/s: kamu pun mesti homesick kan.. hehe.. cerita lah apa yang membuatkan kamu homesick...
http://www.emocutez.com

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template