Monday, January 17, 2011

denda!

hai! pagi tadi sebelum pergi kelas sempat juga dengar Hot fm.. kalau tak salah topik dia tentang denda yang tak dapat dilupakan.. agak menarik! teringat pula masa sekolah rendah dulu.. aku pun pernah kena denda tau.. http://www.emocutez.com    teringin pula nak kongsi dengan u all tentang denda-denda yang pernah aku kena.. sekolah rendah saja, sekolah menengah dah insaf.. eleh, u all pun macam le tak pernah kena denda kan.. baik ngaku cepat.. hihi.. tapi dah ingat-ingat lupa saja..

ok, paling banyak sekali kena denda masa belajar dengan cikgu bahasa melayu.. dari darjah 5 sampai 6 rasanya dengan dia.. tapi dia kelakar walaupun garang..
 -aku pernah kena duduk kat luar kelas sebab buat bising masa dia terlewat masuk.. kena duduk dan buat bunyi katak.. bukan aku seorang.. ada le dalam 4 orang.. (mula-mula dia cari suara budak yang paling bising, lepas tu tanya budak tu sembang dengan sapa, budak tu pun tunjuk dia tu.. lepas tu budak yang ditunjuk tu pula tunjuk dia lain pulak, dia lain pulak tunjuk aku.. kemudian, semua kena halau)
-tak ada le teruk mana kan.. ada lagi.. kena denda masuk bawah meja sambil tutup hidung.. kenapa entah tutup hidung.. lepas tu siap amaran siapa yang pengsan tak boleh bernafas nahas! haha..
-pernah juga kena denda sapu habuk dekat lantai sebab apa tak ingat.. lepas tu tangan yang berhabuk tu sapu dekat muka.. yerks!
-setakat denda ketuk ketampi dan berdiri atas kerusi tu dah kebal dah..hehe

masa darjah 3 atau 4 dulu, matapelajaran bahasa inggeris paling aku gerun.. tetiap kali kelas ada ujian spelling.. dalam 10 perkataan saja.. tapi masa tu aku tak teror sangat pun.. bengong! eja elephant pun salah.. kalau 1 salah satu rotan.. http://www.emocutez.com kalau bersalah-salah, berotan-rotan lah jadinya..

ok lah.. itu saja.. kalau dikenang balik semua tu jadi kenangan yang amat berharga.. rindu rasanya.. sebab denda-denda itulah kita jadi orang kan.. hehe

3 weirdo:

  1. sampai terhapal lagu enchanted tu menunggu post baru.apa da...nway the klakarest post yet! apa la eja elephent pun salah.aku nak tiru la idea ni utk next post hehe..

    p/s: dap gak lagu taylor swift ni hoho

    ReplyDelete
  2. ahahaha..
    naja ckupkan lah 350 patah perkataan komen tu..
    j, hihi..

    ReplyDelete

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template