Monday, January 10, 2011

c i n t a

CIPTA SYURGA HATI adalah karya Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj.. aku telah jatuh hati dengan buku itu.. pelbagai motivasi yang membina di muatkan.. izinkan aku kongsi salah sebuah kisah yang di selitkan di dalam buku ini hasil kiriman seseorang..

Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah. Kemudian mereka berhenti di bangku yang disediakan di tepi tasik. Si isteri bertanya kepada si suami. Ikuti dialog ini.. (aku ubah sedikit ayatnya agar tidak begitu skema)

isteri: kenapa abang suka saya eh? kenapa abang cintakan saya?
suami: err abang tak boleh terangkan sebabnya, tapi abang memang sayang dan cintakan ayang!
isteri: alaa itu pun tak boleh nak terangkan. jawab jelah...
suami: betul! abang tak tahu sebabnya tapi abang boleh buktikan yang betul-betul abang cintakan ayang. sungguh! tak tipu!
isteri: tak nak bukti-bukti. nak sebab jugak. pleaseeeeeeee abang.. kawan-kawan ayang yang ada suami, boyfriend semua bagitahu.. siap dalam sajak lagi.. pleaseeee..
suami: *dengan muka tak ada perasaan* ok-ok! abang cinta ayang sebab....... sebab.. ayang cantik, penyayang dan ingat abang selalu. abang suka tengok senyuman ayang dan setiap tapak yang melangkah, di situlah cinta abang pada ayang.
si isteri tersenyum dan berpuas hati..

selang beberapa hari, si isteri mengalami kemalangan dan koma. si suami amat bersedih dan menulis surat kepada isterinya. surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.

  "ayang, jika di sebabkan suara abang mencintaimu, sekarang bolehkah ayang bersuara? Tidak! oleh itu abang tidak boleh mencintaimu. jika disebabkan kasih sayang dan ingatan abang mencintaimu, sekarang bolehkah ayang menunjukkannya? tidak! oleh itu abang tidak boleh mencintaimu. jika disebabkan senyuman abang mencintaimu, sekarang bolehkah ayang tersenyum? tidak! oleh itu abang tidak boleh mencintaimu.

jika disebabkan setiap langkah abang mencintaimu, sekarang bolehkah ayang melangkah? tidak! oleh itu abang tidak boleh mencintaimu. jika cinta memerlukan sebabnya, abang tidak mempunyai sebab mencintai ayang lagi. tetapi adakah cinta memerlukan sebab? tidak! abang masih mencintaimu dari dulu, kini dan selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. namun begitu, ia boleh dirasai dalam hati."


0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template