Thursday, July 29, 2010

apa pulak ni

banyaknya kerja minggu ni..terlalu banyak sampai tak tahu nak buat yang mana satu..
agak skema pulak ayat aku taip ini..sebenarnya aku tengah cuba menaip dengan perkataan yang penuh iaitu bahasa baku walaupun tak baku mana..hasil tunjuk ajar 'diari mat despetch' yang aku baca..penggunaan bahasa melayu tinggi (bmt) yang dia cuba gunakan..
tapi aku bukan ahli sasterawan, jadi tengok saja setakat mana aku mampu..mana tahu suatu hari nanti aku aku boleh tulis cerpen atau novel pulak (pulak?=pula).. untuk tidak kelihatan terlalu skema..hehe
back to basic..hmm kerja yang terlampau banyak agak menyerabutkan otak aku hinggakan
otak aku tidak dapat berfungsi dengan betul..kalau ditambah, tolak, darab dan bahagi tugasan tidak terlalu banyak mana tapi bagi seorang pemalas macam aku ini sudah dikira agak banyak..jadi aku mahu merehatkan minda ini..sambil berbaring tadi sempat lagi aku berfikir (lebih kepada angan-angan rasanya) bagusnya jika aku dapat:

-berjalan-jalan ditepi pantai sambil melihat ombak, pasir yang memutih serta camar yang berterbangan..

-naik belon udara panas sambil melihat pemandangan yang indah..

-bermain layang-layang beramai-ramai di sawah, padang atau dimana sahaja kawasan lapang sambil di buai angin sepoi-sepoi..

-memerhatikan anak ikan berenang-renang dengan bebasnya..

akhirya, terlelap pula aku tadi..sedar-sedar syazy dengan una baru balik dari bank dan membawa pulang ais kacang yang amat lazat..haha..

0 weirdo:

Post a Comment

 

Aku Bukan Novelis Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template